Bangladesh Banteras Pengedar Dadah Besar-besaran

DHAKA 20 Mei – Polis Bangladesh menembak mati 13 pengedar dadah dan menangkap ribuan yang lain  dalam kempen agresif pembanterasan perdagangan dadah jenis methamphetamines serta bahan  narkotik lain, menurut sumber dalaman, semalam.

Menurut polis, empat orang pengedar dadah berjaya ditembak mati semalam dalam beberapa serbuan berasingan manakala pasukan elit Rapid  Batalion Action (RBA)  pula mendakwa  berjaya membunuh sembilan orang pengedar dadah lagi, semenjak Selasa lalu.

Anggaran seramai  2,300 orang pengedar dan penagih  dadah berjaya ditangkap pasukan elit RBA dalam beberapa serbuan sejak awal Mei lalu melibatkan rampasan dadah bernilai $ 2.5 juta.

Pihak berkuasa Bangladeah memberi amaran kepada pengedar dadah agar menyerahkan diri atau berhadapan dengan  tindakan undang-undang.

Polis Bangladeah berikrar membanteras penyalahgunaan dadah, terutamanya pil ‘yaba’, sejenis dadah kafein yang popular dijual dijalanan dan juga methamphetamine

Kesemua suspek pengedar-pengedar dipercayai maut dalam insiden tembak menembak dengan polis.

Menurut jurucakap kumpulan hak asasi manusia Odhikar, Nasiruddin Elan, “Kami telah bercakap kepada keluarga beberapa orang  mangsa di mana mereka mereka mendakwa mangsa-mangsa terbunuh secara terancam.”

Pihak berkuasa Bangladesh dipercayai bertungkus lumus  membanteras dan mengawal penyeludupan dadah yaba di sempadan tenggara Myanmar, melibatkan pengeluaran ratusan juta unit.

Para pegawai Bangladesh percaya bahawa  sebahagian besar dadah yang memasuki negara tersebut pada  tahun lalu  dibawa oleh pelarian Rohingya yang melarikan diri dari serangan regim junta tentera Myanmar.

Bekalan ubatan (yaba)  berjaya dirampas di atas bot-bot nelayan yang membawa pelarian ke Bangladesh di mana sebahagian besarnya diperalatkan sebagai keldai dadah.

Sepanjang 2017, pihak berkuasa Bangladesh  berjaya mencatatkan rekod rampasan sebanyak 40 juta yaba namun  berpendapat  kira-kira 250-300 juta yang lain berjaya memasuki pasaran negara itu.

Sepanjang Januari hingga Mac 2018 pula, anggaran sembilan juta pil yaba telah dirampas terutama ketika gelombang besar  pelarian Rohingya melintasi sempadan dan pernah mencatatkan jumlah rampasan sebanyak dua juta pil yaba dalam suatu rampasan .

Seorang pengarah di jabatan kawalan narkotik Bangladesh membuat anggaran sebanyak $ 600 juta pil yaba didapati dijual dijalanan tahun ini.

-AFP News-

Up ↑

%d bloggers like this: