Kerajaan Pakatan Harapan Akan Mansuh Dasar Pro Melayu – Anwar Ibrahim

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan bakal memansuhkan dasar-dasar afirmatif yang diamalkan selama berabad-abad terhadap majoriti Melayu Bumiputera. Anwar berkata demikian sewaktu ditemubual oleh The Associated Press.

Menurut Anwar, orang-orang Melayu yang miskin bakal beroleh manfaat yang lebih daripada dasar baru yang berasaskan meritokrasi yang telus.

Beliau berpendapat bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mula dilaksanakan pada tahun 1971 berpunca dari tragedi berdarah 13 Mei 1969 didorong oleh rasa tidak puas hati kaum Melayu terhadap kemakmuran relatif kaum minoriti Cina, telah disalahgunakan untuk memperkayakan golongan elit.

Dasar ini merupakan isu yang sensitif, dengan ramai orang Melayu takut akan kehilangan keistimewaan mereka di bawah kerajaan baru (PH).  Banyak kaum minoriti telah meninggalkan Malaysia mencari peluang yang lebih baik di tempat lain (disebabkan dasar kerajaan lama).

“Saya telah mengatakan bahawa DEB perlu dibongkar tetapi tindakan afirmatif mestilah lebih berkesan.  Saya percaya bahawa orang Melayu yang kurang bernasib baik akan mendapat lebih banyak manfaat melalui dasar tindakan afirmatif yang telus dan berkesan daripada Dasar Ekonomi Baru yang telah dirampas untuk memperkayakan beberapa kroni,” jelas Anwar lagi.

The Associated Press menyatakan bahawa Anwar berjaya mengubah landskap politik Malaysia dengan gerakan reformasinya selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.  Anwar menjangkakan bahawa Pakatan Harapan bakal menang pilihanraya umum ke 14 (PRU 14) dengan margin undi yang kecil,  tetapi terkejut dengan kemenangan yang sempurna.

Anwar juga membidas mantan Perdana Menteri Najib Razak sebagai “bersikap mandul” serta meremehkan kemarahan orang ramai terhadap skandal 1MDB yang sedang disiasat di luar negara, lapor The Associated Press lagi.

Menurut Anwar, “Dia terlalu teruja, memikirkan dia boleh berjaya, bahkan dia terlalu yakin mendapat majoriti dua pertiga (dalam parlimen),  sangat keterlaluan bagi kebanyakan orang, tetapi dia yakin.

“Dia hanya sedar dengan realiti yang dia ada, sebenarnya dia berada di dalam kepompong,” tambah Anwar lagi.

Anwar juga turut memaafkan Tun Dr. Mahathir Mohamed dan membina semula persahabatan mereka bagi manfaat negara sambil memuji Mahathir sebagai “seorang pejuang yang tidak berdosa”.

 

Advertisements

Be the first to comment