Advertisements

Senator Persoal Perdana Menteri Hutang Negara RM1 Trillion

Senator Khairul Azwan Harun mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesimpulan bahawa hutang negara kini telah mencapai angka RM1 trilion.

Mengulas laporan Bank Negara pada Disember tahun lalu, Khairul menegaskan hutang negara hanya berjumlah RM686.8 bilion.

“Di mana perdana menteri dapat angka RM1 trilion? Adakah penasihat barunya gagal membekalkan maklumat yang betul kepadanya?

“Atau ini hanya satu taktik politik untuk menyalahkan bagi menjadikan rakyat fikir hutang negara yang ditanggung kerajaan Pakatan Harapan adalah kesalahan pentadbiran terdahulu?” soal Khairul Azwan dalam satu kenyataan

Khairul Azwan, yang juga Timbalan Ketua Pemuda Umno, menegaskan laporan Bank Negara pada Mac tahun ini menunjukkan ekonomi domestik berada dalam keadaan baik.

“Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang kukuh antara 5.5 peratus dan 6 peratus pada 2018,” katanya.

Dalam perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri hari ini Mahathir berkata hutang negara telah melepasi paras RM1 trilion berbanding RM300 bilion sebelumnya. -Sumber-

Advertisements

Up ↑

%d bloggers like this: