Robert Kuok Dijangka Tiba Ke Malaysia Minggu Depan

Ahli perniagaan terkemuka, Robert Kuok dijangka tiba ke Malaysia minggu hadapan bagi  melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Ahli Majlis Penasihat Kerajaan.

Majlis Penasihat Kerajaan merupakan portfolio  pertama yang diwujudkan oleh YAB Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamed sebaik sahaja gabungan parti-parti tersebut memenangi pilihanraya umum ke 14 (PRU 14).

Majlis Penasihat Kerajaan juga pernah mendapat kritikan professional undang-undang kerana portfolio tersebut tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sebaran meluas netizen di media sosial menyebut bahawa mantan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz merupakan individu pertama yang akan dicari oleh Kuok sekembalinya ke tanahair.

Tidak dinyatakan secara jelas apakah motif sebaran tersebut dan mengapa Nazri dicari oleh Kuok.

Nazri sebelum ini pernah membidas Kuok kerana tidak berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional apabila menyalurkan dana untuk aktiviti kempen-kempen pilihanraya dan propaganda Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Serangan terbuka Nazri terhadap Kuok dipercayai berhubung surat terbuka individu terkaya Malaysia itu yang menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional yang pro Melayu Bumiputera.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr. Mahathir Mohamed juga dilaporkan membidas kenyataan Kuok tersebut awal tahun ini tetapi akhirnya  melantik Kuok sebagai Ahli Majlis Penasihat Kerajaan. -ASPIRASI PERDANA-

Up ↑

%d bloggers like this: