99 Jenis Barang Alami Kenaikan Harga

KUALA LUMPUR: Baru 16 hari kerajaan Pakatan Harapan memerintah janji dalam manifesto menangani kos hidup dan mengurangkan harga barang nampaknya tidak berlaku. Tiada tanda -tanda dengan memansuhkan GST atau GST 0 perartus harga barang akan menurun. Harga barang nampaknya terus naik terutama menjelang hari raya yang bakal menjelang tiba.IMG_20180516_171355

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan kenaikan harga 99 jenis barang menerusi operasi pemantauan harga pasaran.

Antara yang mengalami kenaikan harga ialah ayam, ikan bawal hitam, sotong selain sayur-sayuran seperti lada benggala merah dan tomato.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman, berkata pegawainya melaksanakan pemantauan harga bagi meninjau perubahan harga di pelbagai lokasi antaranya di pasar raya, pasar basah dan kedai runcit.

“Ikan bawal hitam mengalami kenaikan harga sebanyak RM3 menjadikan harga pasaran ketika ini mencecah RM20 sekilogram (kg).

“Selain itu, ayam proses juga menunjukkan peningkatan purata sekitar 30 sen sehingga 50 sen, di beberapa lokasi.

“Barangan lain seperti lada benggala merah, tomato dan sotong menerima kenaikan antara RM1 hingga RM2 untuk setiap kg,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Netizen sudah mula mengeluh harga barang yang semakin mahal dan memohon kerajaan campur tangan bagi melindungi pengguna. Sementara itu KPDNKK hanya mampu menasihatkan agar menjadi ‘pengguna bijak’.

“Memandangkan harga barangan tertakluk kepada pasaran terbuka, saya mengesyorkan supaya pengguna menjadi pengguna bijak selerti membuat kajian sebelum membeli bekah atau menggunakan aolijasi ‘Price Catcher’, katanya. 

Up ↑

%d bloggers like this: