Advertisements

Ekonomi Negara Kurang Baik – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng meminta rakyat Malaysia agar lebih bertimbangrasa memandangkan keadaan ekonomi negara yang kurang baik.

Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas kepada pertanyaan rakyat Malaysia mengenai bantuan hari raya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan.

Menurut Joseph Lim; “Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,”

Joseph Kim juga berkata bahawa Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidilfitri yang bakal menjelang bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah menyediakan persiapan menyambut Hari Raya.

Berhubung dengan jumlah bantuan Aidilfitri itu pula, Joseph Lim berkata ia akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain menganggap ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang kurang baik, Joseph Lim turut menyalahkan kepemimpinan terdahulu dengan katanya;

“Mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewengan wang yang terjadi sebelum ini.”

Naib Presiden Kumpulan dan Peng­analisis Kanan Risiko Moody’s Investor Service, Anushka Shah dalam satu kenyataanya pada 14 Mei 2018 lalu menyatakan kerajaan Pakatan Harapan mewarisi ekonomi yang kukuh dengan puratan pertumbuhan ekonomi 5.5% sejak lapan tahun yang lalu.

Moody’s juga mengakui bahawa kerajaan terdahuku berjaya mencapai pengurangan defisit fiskal kepada 2.8 peratus, juga  untuk lapan tahun berturut-turut. -ASPIRASI PERDANA-

 

Advertisements

Up ↑

%d bloggers like this: