SIASATAN 1MDB: Dr. Tan Seng Giaw Pertahan Najib Razak

Naib Presiden DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, konsisten di dalam pendiriannya bahawa mantan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak wajar disiasat dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mantan Ahli Parlimen Kepong yang digugurkan kerana menyatakan kebenaran itu menganggap bahawa siasatan pasukan khas perlu fokus kepada pengurusan tertinggi 1MDB berdasarkan laporan Ketua Audit Negara (AG) yang dibentangkan kepada ahli-ahli panel Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Menurut Dr. Tan; “Itu pendirian saya, dan ia akan menjadi pendirian saya,” merujuk kepada kenyataan beliau sebelum ini bahawa Najib tidak bersalah dan tidak wajar disiasat.

“Di PAC, kami (ahli-ahli panel) mendapati bahawa pihak pengurusan tidak telus dan perlu siasatan susulan,” tambah Dr. Tan mengulas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Najib Razak.

Dr. Tan juga memetik kenyataan YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kedaulatan undang-undang akan ditegakkan.

Mengulas kenyataan Mahathir tersebut, Dr. Tan menambah, “Ikutlah proses undang-undang dan dakwalah pengurusan 1MDB jika ada bukti yang mencukupi.”

Dr. Tan yang juga Timbalan Pengerusi PAC (ketika itu) merumuskan hasil siasatan bahawa Najib tidak harus dipertanggungjawabkan ke atas pengurusan entiti strategik negara itu kerana beliau sememangnya tidak terlibat (dalam hal ehwal pengurusan 1MDB).

Laporan audit 1MDB telah diklasifikasikan semula sejurus Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum ke 14 (PRU 14) dan jelas menyatakan bahawa seorang pegawai kanan 1MDB telah membuat keputusan tanpa persetujuan ahli lembaga pengarah dan ia tidak melibatkan Najib Razak.

“Itulah fokus sebenar pasukan khas siasatan 1MDB dan bukannya Najib Razak,” demikian kata Dr. Tan. -ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Be the first to comment