“Bail out” 1MDB: Najib Bidas Menteri Kewangan

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas kenyataan terbaru Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng berhubung pembayaran sebanyak RM7 bilion oleh kerajaan terdahulu melalui Perbadanan Menteri Kewangan (MoF Inc), Khazanah Holdings Berhad (Khazanah) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi melangsaikan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang memuatnaik kenyataan beliau di laman Facebooknya sebentar tadi menyatakan bahawa pembayaran tersebut menepati  undang-undang dan peraturan sediada dan telah melalui suatu proses perbincangan yang panjang lebar.

Joseph Lim dibidas bermotivasikan politik apabila secara sengaja mengeluarkan kenyataan media yang menganggap pembayaran tersebut sebagai suatu usaha menyelamatkan (bail out) 1MDB.

Joseph Lim juga didakwa bersikap tidak telus, berusaha mengaburkan fakta dan cuba menipu dengan membuat kenyataan separuh benar  serta tidak menyeluruh.

Menurut Najib, adalah tidak wajar bagi Menteri Kewangan yang sedang menghadapi perbicaraan rasuah itu menggembar-gemburkan tentang liabiliti (hutang) 1MDB tetapi tidak memaklumkan kepada rakyat berkenaan aset  (harta) 1MDB yang lebih banyak darinya.

“Walaupun MoF Inc mengambil alih aset 1MDB, tetapi liabiliti 1MDB tidak dihapuskan, sebaliknya ia adalah sebagai balasan pengambilalihan aset,” jelas Najib.

Kenyataan media Joseph Lim sebelum ini bahawa Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran Najib telah menggunakan dana dari  Khazanah melalui penjualan tanah kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi melangsaikan hutang 1MDB dilihat sebagai usaha terdesak menteri kewangan tersebut membina persepsi negatif terhadap  kerajaan terdahulu. DSNLGE.jpg

Joseph Lim yang kini dipertikaikan integriti beliau sebagai menteri kewangan wajar membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang lain yang bersesuaian sekiranya berpendapat wujud penyelewengan dan salah urus tadbir dalam perkara ini. -ASPIRASI PERDANA-

 

Advertisements

Be the first to comment