Hindraf Tuntut Buka Felda Dan UITM Kepada Kaum India

KUALA LUMPUR 28 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan dituntut agar membuka lebih banyak peluang kepada kaum India berpendapatan rendah untuk memperbaiki taraf hidup mereka, termasuk dengan pemberian tanah rancangan seperti Felda serta peluang pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), P. Uthayakumar ketika menyerahkan memorandum HINDRAF kepada Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd Yusof di Menara Ilham di sini hari ini.

HINDRAF yang sebelum ini gagal didalam saman bersama 16 aktivis lain terhadap kerajaan berhubung isu Dr. Zakir Naik yang didakwanya sebagai ancaman kepada keselamatan negara juga mendakwa bahawa langkah tersebut penting memandangkan  sepanjang lebih 60 tahun negara ditadbir Barisan Nasional (BN), parti tersebut gagal membangunkan kaum India yang ketinggalan berbanding kaum lain.

Menurut P. Uthayakumar, “UMNO mengamalkan politik dan polisi perkauman selain orang Cina yang menguasai sektor swasta menyebabkan kaum India berpendapatan rendah tersisih daripada pembangunan ekonomi negara.

“Kami mahu bergerak ke hadapan dan membantu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatasi masalah kemiskinan dalam kaum India,” tambah beliau lagi.

Ahli Majlis Tertinggi Malaysian Indian Congres (M.I.C), Datuk P. Kamalanathan sebelum itu menyatakan bahawa keputusan kerajaan Barisan Nasional meluluskan 700 tempat kepada kaum India melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi bagi tahun 2018 membuktikan keprihatinan kepemimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam membela nasib kaum tersebut.

Menurut Kamalanathan lagi, “Sejak menjadi Perdana Menteri sembilan tahun lalu, Najib memberikan peruntukan hampir RM1 bilion untuk pembinaan dan menaik taraf Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), jauh lebih besar berbanding era bekas Perdana Menteri selama 22 tahun.

Image result for kaum india barisan

“Ketika Tun S Samy Vellu menjadi Presiden MIC dan Menteri Kerjaraya, beliau ada memohon RM10 juta untuk sekolah Tamil tetapi tidak dilayan,” tambah beliau. -ASPIRASI PERDANA-

Up ↑

%d bloggers like this: