Advertisements

NFC AKAN DILAKSANA DAN DIJENAMAKAN SEMULA

Johor Bharu 22 Julai – Penjenamaan semula projek National Feedlot Centre (NFC) akan dibuat dengan memperkenalkan model pelaksanaan baru yang mensasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus bekalan daging tempatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa pihak kerajaan akan mengambilkira pandangan pelbagai pihak berkepentingan sebelum melaksanakan model baru tersebut.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai percaya projek inisiatif kerajaan Barisan Nasional itu akan berjaya sekiranya tiada amalan salah urus tadbir berlaku.

Beliau berkata demikian di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Parlimen Pulai, di sini hari ini. -ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Up ↑

%d bloggers like this: