PENGLIBATAN VINCENT TAN DALAM ECRL: SPRM Wajar Buka Kertas Siasatan

YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporakan tidak mengetahui tentang penglibatan sahabat karib beliau, Tan Sri Vincent Tan di dalam projek East Coast Railway Link (ECRL).

Berita Vincent Tan mendapat projek tersebut tersebar meluas di media sosial setelah jutawan tersebut dipercayai menderma RM500 juta ke Tabung Harapan, bagi mengatasi masalah hutang negara.

Catatan rasmi kutipan Tabung Harapan setakat ini adalah sebanyak RM108,215,946.39 (RINGGIT MALAYSIA: Seratus lapan juta)

Projek berkenaan dianggap terlalu mahal apabila Barisan Nasional merangka dan merancangnya dengan nilai RM55 billion dan dianggap sebagai mahu membina jambatan emas oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (ketika itu).

Meski pun Pakatan Harapan berjanji untuk membatalkannya sepanjang kempen pilihanraya umum (PRU 14) ke 14 lalu dan Mahathir telah pun membatalkannya sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, namun ianya diteruskan oleh Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng.

Sekiranya benar kenyataan Mahathir bahawa beliau tidak mengetahui penglibatan Vincent Tan, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat perkara tersebut.

Siasatan juga perlu meliputi segala fail-fail projek dan minit mesyuarat keputusan jemaah kabinet mengenainya.

Tambahan pula timbul keraguan di kalangan rakyat Malaysia berhubung peningkatan kos sebenar projek tersebut dari RM55 billion ke RM70 billion, tambahan sebanyak RM15 billion DANA AWAM. -ASPIRASI PERDANA-

Advertisements

Be the first to comment