Advertisements

Akaun Dibekukan, UMNO Berdepan Pengharaman Zahid Hamid

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Negeri Selangor.

Tindakan SPRM tersebut dibuat sehari selepas Ahmad Zahid mengumumkan agihan dana kepada UMNO Negeri dan Bahagian diberikan semula.

Beliau yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata, perkara tersebut diketahuinya sebentar tadi dan beliau teramat yakin bahawa akaun UMNO Negeri Johor juga turut dibekukan SPRM.

Menurut Ahmad Zahid; “Semalam keluar surat, hari ini kena beku.

Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan membatalkan UMNO atas permintaan permintaan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tidak ada jaminan sesiapa yang menang jawatan Presiden UMNO, ahli-ahli Majlis Tertinggi dan rakan-rakan Naib Presiden dan Timbalan Presiden yang menang tidak akan disiasat SPRM”, tambah Ahmad Zahid.

Mengulas isu tersebut,  Pengerusi Perhubungan UMNO Johor dan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata; “Tiada jaminan mantan Menteri Besar Johor juga tidak disiasat SPRM kerana kita bukan lagi kerajaan.”

 

Advertisements

Be the first to comment

%d bloggers like this: