Advertisements

SYIAH TIDAK KAFIR – Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor mempertahankan pendapat beliau selama ini bahawa Syiah bukanlah golongan kafir sebagaimana yang difahami oleh majoriti umat Islam.

Wan Salim berkata demikian selepas perjumpaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) berhubung isu-isu Syiah, JAKIM dan mazhab.

Menurut Wan Salim,
“Dulu saya bagi pendapat mengenai Syiah ramai yang kecam dan kritik saya balik, apabila media tanya Syiah ini kafir atau tidak, saya katakan tidak.

Saya kata kalau orang Syiah kafir sudah tentu kerajaan Arab Saudi tak benarkan mereka kerjakan haji”, tambah Wan Salim lagi.

Wan Salim bagaimana pun tidak menolak terdapatnya seksyen-seksyen tertentu dalam Syiah yang tidak diiktiraf sebagai Syiah.

Ia selari dengan ajaran-ajaran tertentu yang dikategorikan sebagai sesat oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

“Cuma dalam Syiah ada seksyen-seksyen tertentu yang tidak diiktiraf sebagai Syiah, macam kita orang Sunni ada ajaran-ajaran sesat,” demikian menurut Wan Salim.

Pendirian Mufti Pulau Pinang tersebut bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (1996) yang sepakat menfatwakan bahawa ajaran Syiah dari semua aliran adalah terkeluar dari Islam (kafir).

Advertisements

Up ↑

%d bloggers like this: