SEJAGAT

HOUSTON Dilanda Banjir Paling Buruk Dalam Sejarah Amerika SyarikatImage result for houston banjirHouston 29 Ogos  – Anggota petugas penyelamat berasa kaget menerima panggilan kecemasan dalam satu kejadian banjir terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat di Texsas.

Meski pun kesuntukan masa, para penyelamat percaya lebih banyak mayat bakal ditemui apabila banjir surut.

Selama lebih tiga hari berturut-turut, angin kuat melanda pantai Texas yang dikenali sebagai taufan Kategori 4, hanya tiga kematian disahkan oleh pasukan penyelamat, – termasuk seorang wanita yang terbunuh pada hari Isnin apabila sebatang pokok oak menghimpap kediamannya, sebuah rumah treler, di pekan Porter.

Ekoran kematian wanita tersebut, pelbagai khabar angin dan laporan kematian tersebar di sana sini.

“Kami tahu dalam kejadian-kejadian seperti ini, malangnya, jumlah kematian meningkat secara bersejarah,” menurut ketua polis Houston Art Acevedo kepada agensi berita  The Associated Press.

“Saya benar-benar bimbang tentang berapa banyak mayat yang akan kita cari,” tambah Art Acevedo lagi.

Seorang wanita Houston semalam (Isnin)  bahawa dia menganggap enam anggota keluarganya, termasuk empat cucunya, meninggal dunia selepas van mereka tenggelam ke Greens Bayou di Houston Timur, walaupun pasukan kecemasan Houston tidak dapat mengesahkan kematiannya.

Virginia Saldivar memberitahu The Associated Press abang iparnya memandu van Ahad lalu ketika arus kuat menolak van tersebut ke jambatan dan masuk ke bayou.

Pemandu van berjaya keluar dari kenderaannya  dan menggesa anak-anak melarikan diri melalui pintu belakang, kata Saldivar, tetapi mereka tidak dapat.

“Saya harap kita dapat mencari mayat-mayat itu,” kata Saldivar.

Manakala itu, seorang jurucakap hotel Houston mengatakan salah seorang pekerjanya hilang ketika membantu kira-kira 100 tetamu dan pekerja mengalihkan bangunan di saat banjir sedang melanda.

Metropolitan Houston merupakan bandaraya keempat terbesar Amerika Syarikat, meliputi kawasan seluas sepuluh ribu batu persegi (10,000 batu persegi/25,900 km persegi),  lumpuh angkara banjir pada skala epik, dalam keadaan badai ombak melebihi dua kaki dan banjir setinggi 30 inci.

Image result for houston banjir

Dalam situasi topografi yang berselirat dengan kira-kira 1,700 batu (2735.76 kilometer) aliran sungai dan saliran yang mengalir ke Teluk Mexico, pihak berkuasa menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk lagi selepas ini. -ASPIRASI PERDANA- 

Advertisements

Be the first to comment