Konvokesyen Makanan Tradisional Sulawesi

MAKASAR, SULAWESI, 29 Ogos – Pameran Makanan Tradisional merupakan sebahagian dari acara konvokesyen kursus penyajian makanan khas dari beberapa daerah Sulawesi Selatan, Sulawesi Utara, Sulawesi Tengah dan Maluku serta beberapa produk pelajar PWMP.

Isnin lalu (28 Ogos 2017) telah diadakan majlis konvokesyen Kelas X STPP (Sekolah Tinggi Penyuluhan Pertanian) Gowa bagi tahun 2017.

Pengerusi Badan Penyuluhan dan Pengembangan SDM Pertanian (BPPSDMP) Dr. Ir Momon Rusmono MS merupakan tetamu khas yang hadir pada majlis konvokesyen ini, diundang untuk merasai beberapa menu yang disediakan oleh para pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Konvokesyen, Dr. Ir Kartika Ekasari Z MSi menyatakan bahawa penganjur menyediakan makanan secara percuma kepada kaum keluarga graduan dan pengunjung pameran.

“Di samping memeriahkan kegiatan kami untuk menyediakan ruang kepada pelajar STPP Gowa untuk memaparkan muzik akustik untuk menghiburkan pengunjung,”  menurut Kartika.

Pengerusi STPP Gowa Dr. Ir Syaifuddin MP. memberikan anugerah dan penghargaan kepada graduan dan pelajar pada majlis konvokesyen kali ini.

Menurut Syaifuddin, “Para bakat pelajar tidak boleh dibazirkan, sekiranya kita memberi mereka peluang untuk menunjukkan diri mereka dan berkembang menjadi lebih baik. “

Advertisements

Be the first to comment