Peranan JAKIM Martabat Islam Dicemburui

Portal The Malaysian Insight dua hari lepas melaporkan berita yang menggambarkan keprihatinan pemilik, editor atau wartawan portal tersebut terhadap peruntukan bagi hal ehwal Islam yang diterima oleh agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Apa yang menariknya adalah tajuk artikel yang diterbitkan mengajak pembaca untuk mempercayai bahawa  JAKIM merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bermasalah tetapi... Continue Reading →

70 RIBU ROHINGYA HAMIL: Krisis Kemanusiaan Abad 21

Sekurang-kurangnya 70,000 dari 500,000 pelarian Rohingya hamil, hasil dari jenayah rogol yang dilakukan oleh junta tentera dan sami Buddha Myanmar.   Sebahagian besar dari mereka tidak mempunyai ilmu dan kemahiran penjagaan kandungan di samping terdedah dengan pelbagai penyakit dan wabak, akibar persekitaran yang tidak bersih.   Pembersihan etnik Rohingya di Myanmar merupakan salah satu dari... Continue Reading →

ISLAM Tolak Sekuralisme, Malaysian Malaysia Dan Cauvinis Kaum

Islam menolak sekularisme, Malaysian Malaysia dan cauvinis perkauman tanpa menafikan kewujudan kehidupan duniawi, demikian menurut Dato' Tuan Guru Haji Seri Abdul Hadi Awang, di Bangi kelmarin. Menurut Presiden PAS tersebut, Islam berupaya membawa perubahan holistik yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana agama dan ideologi ciptaan manusia. Sifat dan ciri-ciri yang positif dalam skop agama dan... Continue Reading →

Peruntukan Hal Ehwal Islam Dikurangkan. Diskriminasi Atau Anti Islam?

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam saban tahun bermula daripada bajet 2009 mencecah RM50 juta setahun dan adalah di antara yang tertinggi. Kenyataan Joseph Lim Guan Eng tersebut dimuatkan dalam ucapan beliau sempena pembentangan Bajet 2017 Pulau Pinang. Apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan... Continue Reading →

Nasihat Tabung Haji Pada Jemaah Malaysia

MEKAH 17 Ogos – Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Dato’ Syed Salah Syed Abdul Rahman menasihatkan jemaah haji Malaysia agar berhati-hati dengan golongan yang menawarkan pelbagai bantuan berkaitan haji pada harga murah, kerana tidak ada jaminan perkhidmatan itu sahih.   Walaupun ianya merupakan kes terpencil, namun ianya berlaku setiap tahun, demikian kata Pengerusi Jemaah Haji... Continue Reading →

TABAYYUN: Penjelasan Video 27 Pesawat Israel Meletup Ketika Menyerang Masjid Al-Aqsa 

Sebuah rakaman video pesawat-pesawat pejuang meletup di udara tersebar luas di media sosial sejak siang tadi, khususnya di aplikasi whatsapp. Rakaman video yang didakwa sebagai 27 buah pesawat pejuang Israel meletup ketika menyerang Masjid Al-Aqsa itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, malah sehingga kini tiada laporan mengenainya samada dari sumber-sumber rasmi atau media antarabangsa, samada pro Islam... Continue Reading →

TABUNG HAJI TINGKATKAN EKUITI KUASAI FGV

KUALA LUMPUR 19 Julai - Selepas melalui pelbagai cabaran dan fitnah sebagai sebuah entiti pembangunan ekonomi umat Islam, Lembaga Tabung Haji (TH) mengukuhkan pegangan sahamnya ke atas syarikat perladangan terbesar dunia,  Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV). TH membeli unit-unit tambahan sebanyak 100,000 unit dan meningkatkan penguasaan ekuiti organisasi tersebut kepada 284.55 juta saham atau... Continue Reading →

Malaysia Negara Islam Contoh

Malaysia boleh memainkan peranan penting khususnya bagi mempromosi hubungan Islam dan demokrasi. Islam menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan Malaysia adalah negara contoh terbaik dalam pengamalan yang diterapkan Islam bagi membangun sebuah negara. Presiden Pergerakan Al Nahda, Tunisia, Sheikh Rached Ganouchi berkata Malaysia dan Tunisia boleh bersama-sama memikul misi kemananan dan demokrasi global yang diterapkan Islam dengan... Continue Reading →

Up ↑

%d bloggers like this: